BAYI BATUK BERKAHAK TIDAK BOLEH MAKAN UBAT? INI CARA YANG SELAMAT DAN TERBUKTI BERKESAN
Bayi dan kanak-kanak sangat mudah dijangkiti batuk dan selesema. Ianya adalah normal jika anak masih aktif dan menyusu seperti biasa.
Kita sebagai ibu bapa pastinya akan risau kerana kebiasaannya, doktor tidak memberi ubat batuk dan selesema jika kanak-kanak masih berusia 2 tahun ke bawah.
Maka dengan itu, di sini saya ingin berbagi tips cara melegakan batuk dan selesema untuk bayi dan kanak-kanak seperti dibawah ini.
1. BERIKAN ANAK REHAT YANG SECUKUPNYA
Jika anak tidak sihat, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk tidak membawanya keluar ke tempat awam seperti pusat membeli belah, pasar malam atau pun kenduri kerana anak akan rasa terlalu letih dan proses penyembuhan anak akan memakan masa yang lebih lama.
Bukan sahaja memudaratkan untuk anak kita, ianya juga akan menyebabkan virus tersebar kepada kanak-kanak lain.
2. UTAMAKAN KEBERSIHAN RUMAH
Anak yang tidak sihat memerlukan perhatian yang lebih dan pemantauan berterusan. Walaupun rumah zahirnya nampak bersih, tidak salah jika kita membuat pemeriksaan dan membersihkan segala habuk serta kotoran. Habuk-habuk seperti di kipas, perkakas kecil atau di celah-celah peralatan rumah mungkin menjadi penyebab virus yang menyerang anak. Mop lantai dengan air panas bercampur Dettol serta basuh cadar, sarung bantal dan sebagainya.
3. PENGEDARAN UDARA YANG BAIK
Jangan terperap dalam bilik dan rumah sahaja. Jika anak menangis mahu aircond, abaikan buat sementara. Setiap pagi, biarkan pintu serta tingkap dibuka supaya udara dapat mengalir dengan baik untuk mendapatkan udara yang segar.
4. TEKNIK PERCUSSION
Caranya adalah tiarapkan bayi dan tepuk-tepuk belakangnya. Teknik ni amat mudah dibuat dan ia membantu untuk memudahkan pengeluaran kahak. Tetapi, pastikan anak belum menyusu atau satu jam selepas menyusu.
5. URUTAN BAYI
Cuba jadikan urutan bayi sebagai rutin setiap kali selepas mandi. Kajian menunjukkan bahawa urutan bayi mampu memberikan keselesaan kepada bayi. Bayi yang selalu diurut juga sangat mudah dijaga kerana jarang meragam. Tapi harus diingat, jangan mengurut bayi ketika dia menangis.
Semoga tips di atas memberi manfaat kepada kita dan anak-anak cepat sembuh dari batuk dan selesema.
Selain itu, mari kita ikhtiar dengan menggunakan Happy Chest Therapy Oil. Selepas mandi cuma sapukan pada dada, belakang dan leher anak. In Sha Allah dengan ini batuk berkahak anak akan cepat sembuh.
Banyak feedback positif yang kami terima berpuas hati dengan Happy Chest Therapy Oil alhamdulillah. Boleh tengok sendiri feedback pengguna di SINI.
Untuk info lanjut berkenaan Happy Chest Therapy Oil, boleh klik SINI.
Kalau berminat untuk dapatkan pek pengenalan, boleh terus hubungi wakil-wakil jualan terdekat dengan anda di SINI atau hubungi HQ MagicDrops di SINI dan di SINI.
Comments
Post a Comment