BAYI KEMBUNG PERUT? INI CARANYA DAN TERBUKTI BERKESAN
Bayi yang kerap menangis berterusan disebabkan sakit perut ini dikaitkan dengan ‘colic’. Ia adalah masalah yang normal. Menurut fakta, dianggarkan kembung perut pada bayi berlaku pada hampir 50% orang bayi.
Kita sebagai ibu bapa sangat risau dengan keadaan anak yang menangis tak berhenti kerana kesakitan perut.
Di sini saya akan berbagi tips cara yang berkesan untuk melegakan bayi yang mengalami kembung perut.
1. TEKNIK PENYUSUAN YANG BETUL
Sekiranya bayi menyusu badan, anda perlu memastikan bayi melekap pada puting susu dengan betul. Ini akan membantu memberikan posisi yang paling selesa supaya bayi dapat menyusu tanpa menelan ‘angin’.
2. DAPATKAN PUTING BOTOL SUSU YANG SESUAI
Jika bayi anda menyusu daripada botol, pastikan anda menggunakan saiz puting yang bersesuaian.
Saiz puting memainkan peranan penting terhadap aliran susu sehingga menyebabkan bayi tidak selesa perut.
3. SENDAWAKAN BAYI SELEPAS MENYUSU
Bayi yang kurang disendawakan berpotensi mengalami kembung perut kerana mempunyai ‘angin’ terperangkap.
Gunakan teknik yang betul untuk sendawakan bayi dan jangan sekali-kali menggoncang badannya.
Muntah sedikit selepas menyusu seperti terjeluak adalah biasa dan tidak berbahaya bagi bayi.
4. BAWA BAYI BERSIAR-SIAR
Alihkan tumpuan bayi dengan membawanya bersiar-siar dan mengambil angin di halaman rumah.
Persekitaran baru mungkin akan menarik perhatian bayi untuk melupakan ketidakselesaan dan berhenti menangis.
5. DODOIKAN DENGAN LEMBUT
Kadangkala masalah kembung perut pada bayi boleh diatasi dengan memujuk bayi anda.
Cubalah berkata-kata dengannya, dan anda akan mendapati bayi seolah-olah memahami maksud anda.
Dodoikan bayi dengan lembut, dan jangan sesekali meninggikan suara pada bayi.
Ibu bapa tak perlu risau, cuba amalkan beberapa tips di atas. Kesan yang sangat baik ketika bayi mengalami kembung perut.
Kita juga boleh ikhtiar dengan menggunakan Happy Tummy Therapy Oil. Cuma sapukan sedikit pada perut atau bawah pusat dan tapak kaki. In Sha Allah akan cepat melegakan kembung perut anak.
Banyak feedback positif yang kami terima berpuas hati dengan Happy Tummy Therapy Oil alhamdulillah. Boleh tengok sendiri feedback pengguna di SINI.
Untuk info lanjut berkenaan Happy Tummy Therapy Oil, boleh klik SINI.
Kalau berminat untuk dapatkan pek pengenalan, boleh terus hubungi wakil-wakil jualan terdekat dengan anda di SINI atau hubungi HQ MagicDrops di SINI dan di SINI.
Comments
Post a Comment