PUNCA SAKIT PADA PERGELANGAN TANGAN PADA WANITA


Ramai yang akan mengalami sakit pada pergelangan tangan pada saat-saat yang tertentu. Ada beberapa faktor yang mengakibatkan penyakit ini terjadi.
Antara umumnya adalah seperti yang berikut:

1. DEQUERVAIN’S TENOSYNOVITIS
Ramai para ibu yang baru melahirkan mengalami situasi ini tanpa disedari. Ia melibatkan rasa sakit pada pergelangan tangan, terutamanya ketika mendukung bayi. Ini kerana proses mengangkat dan menggunakan tangan yang terlalu kerap (over-used), memberi tekanan pada otot yang berfungsi menggerakkan ibu jari, iaitu pangkal ibu jari.

Jika kita mendukung bayi dengan cara yang salah, ianya juga akan menyebabkan bengkak menjadi lebih teruk pada bahagian pangkal ibu jari sehingga ke tulang pada pergelangan tangan.

2. CARPAL TUNNEL SYNDROME (CTS)
Ini boleh dikatkan dengan aktiviti seharian kita. Salah satunya adalah akibat kita kerap kali menaip di komputer dengan keadaan jari-jari lebih tinggi dari lengan dan menaip di telefon bimbit dalam jangka masa yang lama dengan keadaan yang berterusan dari pagi hingga ke petang. Bahkan hingga ke malam.

Carpal Tunnel ini terjadi apabila pangkal ibu jari di pergelangan tangan membengkak atau berlaku keradangan yang menyebabkan tekanan pada saraf kerana Carpal Tunnel adalah satu laluan pada pergelangan tangan yang mengandungi pangkal ibu jari dan saraf.

3. DIABETES
Penyakit lain melibatkan gangguan hormon adalah seperti diabetes, yang mempengaruhi pergelangan tangan boleh mengalami keradangan dan anda akan merasa sukar untuk menggerakkan atau menggunakannya.

4. THUMB ARTHRITIS
Hal ini terjadi ketika ada keradangan kerana Arthrosis di kawasan sendi pergelangan tangan dan pangkal ibu jari ketika anda menginjak 40 tahun. Itu mungkin kerana pekerjaan anda, akibat memaksa sendi bergerak berlebihan dan tekanan yang berlebihan.

5. OBERSITY
Obersity juga merupakan faktor untuk anda mengalami sakit pada pergelangan tangan. Saat anda kelebihan berat badan, tubuh memiliki lemak yang berlebihan. Lemak ini boleh menghancurkan sendi dan menyebabkan sakit pada pergelangan tangan anda.

Maka untuk rawatan punca kita mengalami sakit pada pergelanggan tangan. Salah satunya adalahnmelakukan pembedahan dengan kosnya yang boleh mencecah ribuan ringgit.
Namun, ada cara semulajadi yang lebih mudah dan tidak menyakitkan iaitu dengan mengunakan Extra Relief Therapy Oil.
Semoga bermanfaat dan sakit pada pergelangan tangan anda akan cepat sembuh.

Banyak feedback positif yang kami terima berpuas hati dengan Extra Relief Therapy Oil alhamdulillah. Boleh tengok sendiri feedback pengguna di SINI.

Untuk info lanjut berkenaan Extra Relief Therapy Oil, boleh klik SINI.

Kalau berminat untuk dapatkan pek pengenalan, boleh terus hubungi wakil-wakil jualan terdekat dengan anda di SINI atau hubungi HQ MagicDrops di SINI dan di SINI.

Comments

Popular Posts