BAYI SELSEMA TIDAK BOLEH MAKAN UBAT? INI CARA YANG SELAMAT DAN TERBUKTI BERKESAN
Apabila selesema, bayi akan menunjukkan reaksi tidak selesa, sukar bernafas, penyusuan terganggu, sukar tidur dan menyebabkannya kerap merengek dan menangis. Situasi ini sangat merisaukan ibu bapa.
Pada usia bayi yang masih kecil, doktor tidak akan membenarkan untuk kita memberikan ubat kepada bayi yang berusia di bawah 2 tahun.
Sebenarnya ada pelbagai alternatif ibu bapa boleh cuba tanpa perlu ke klinik. InsyaAllah dengan niat yang baik, bayi boleh sembuh walaupun akan mengambil masa sedikit dan ibu bapa perlu banyak bersabar untuk merawat selesema bayi.
1. WAPKAN ANAK
Wapkan anak salah 1 cara mencairkan mukus. Caranya dengan memanaskan air panas dan halakan wajah anak pada wap air panas tersebut. Tapi hati-hati, kerana ia melibatkan air panas. Anak juga akan meronta-ronta ketika diwapkan. Pastikan ada yang bantu anda pegang anak agar tidak terkena air panas tersebut.
2. TEKNIK PERCUSSION
Boleh digunakan ketika bayi selesema atau batuk. Tiarapkan bayi dan tepuk-tepuk belakangnya. Teknik ni amat mudah dibuat dan ia membantu melonggarkan kahak atau mengurangkan hidung tersumbat bayi tanpa perlu ke hospital.
Selalunya, selepas sesi ni, bayi akan batuk, bersin atau muntah. Jika tidak muntah, kahak bayi akan keluar melalui najis.
3. PANTAU SUHU BILIK
Pastikan bilik atau persekitaran tidak terlalu sejuk. Suhu sejuk akan mengakibatkan mukus dalam salur nafas anak mengeras dan menyukarkan anak bernafas.
4. PASTIKAN BAYI TIDUR CARA MENINGGIKAN BAHAGIAN KEPALA
Semasa bayi tidur, pastikan bahagian kepala anak ditinggikan sedikit untuk memastikan anak selesa untuk bernafas. Boleh juga gunakan 2 bantal nipis supaya anak dapat baring dengan lebih selesa.
5. GUNAKAN DAUN KADUK
Jika di kawasan rumah anda mempunyai daun kaduk, bolehlah jika anda nak cuba petua ini. Hanya campurkan daun kaduk bersama kapur dan sedikit air, dan ramaskannya. Kemudian, sapu di dada dan belakang bayi anda.
Semoga bermanfaat dan ibu bapa hendaklah mengamalkan beberapa tips yang di atas untuk merawat anak daripada selesma yang mengakibatkan hidung anak tersumbat.
Mari kita ikhtiar dengan menggunakan Snotty Bomb Therapy Oil, In Sha Allah akan cepat melegakan hidung anak yang tersumbat.
Banyak feedback positif yang kami terima berpuas hati dengan Snotty Bomb Therapy Oil alhamdulillah. Boleh tengok sendiri feedback pengguna di SINI.
untuk info lanjut berkenaan Snotty Bomb Therapy Oil, boleh klik SINI.
Kalau berminat untuk dapatkan pek pengenalan, boleh terus hubungi wakil-wakil jualan terdekat dengan anda di SINI atau hubungi HQ MagicDrops di SINI dan di SINI.
Comments
Post a Comment