NAK ANAK SENTIASA SIHAT? INI CARANYA DAN TERBUKTI BERKESAN
Sudah lumrah bagi bayi dan kanak-kanak terkena jangkitan demam yang berlarutan 5-6 kali sepanjang tahun.
Sebenarnya situasi itu dianggap normal. Tetapi, demam berlarutan juga selalu merisaukan kita sebagai ibu bapa.
Bagi mengelakkan demam anak terus berpanjangan, kita hendaklah melakukan beberapa perkara atau tips untuk membantu perkembangan sistem imuniti mereka yang sihat.
1. MENERUSKAN PENYUSUAN BADAN
Bagi anak yang masih menyusu, penyusuan badan adalah antara cara yang terbaik untuk meningkatkan imuniti dalam tubuh mereka. Ini kerana susu badan mengandungi antibodi dan sel darah putih, iaitu dua bahan utama yang memacu sistem pertahanan dan melawan sebarang jangkitan.
2. MENGAMALKAN MAKANAN YANG SEIMBANG
Pastikan anak makan sayur dan buah setiap hari, selain makanan lain. Kajian mendapati, jangkitan kuman seperti kwashiorkor atau marasmus lebih sering berlaku ke atas kanak-kanak yang kekurangan zat makanan.
3. PERSEKITARAN YANG BERSIH DAN SELAMAT
Pastikan bekalan air bersih, air minum mesti dimasak terlebih dahulu. Selain itu, ibu bapa juga perlu cuba untuk elakkan membawa anak-anak ke kawasan yang ada ramai orang. Sama ada di rumah, taman atau pusat jagaan. Ini bagi mengelak anak dijangkiti ataupun menjangkiti orang lain (jika ada demam selesema).
4. JAUHI ASAP ROKOK
Inilah antara perkara penting yang ramai terlepas pandang. Merokok bukan saja menjejaskan kesihatan perokok, tetapi ia juga merbahaya kepada orang di sekeliling mereka. Jika mahu anak anda sihat dan cerdas, pilihan terbaik adalah untuk berhenti merokok.
Ini kerana, asap rokok mampu membunuh dan merosakkan sel-sel yang penting dalam tubuh – terutamanya anak kecil. Sekalipun merokok di luar, sisa asap rokok tetap beracun dan akan melekat pada tubuh selama berjam-jam lamanya!
5. WAKTU TIDUR YANG CUKUP
Waktu tidur memainkan peranan penting dalam kesihatan seseorang, termasuklah anak kecil. Jika anak susah tidur siang, pastikan mereka masuk tidur lebih awal setiap malam.
Penelitian menunjukkan bahawa kurangnya tidur boleh mengurangkan penghasilan natural killer cell, iaitu senjata pertahanan tubuh yang berfungsi menyerang mikrob dan sel kanser. Ini akan membuatkan kanak-kanak (serta orang dewasa) lebih mudah terkena jangkitan.
Ibu bapa hendaklah cuba mengamalkan beberapa tips yang di atas untuk meningkatkan imuniti tubuh badan anak-anak.
Mari kita iktiar calit-calit dengan menggunakan Immune Booster Therapy Oil. In Sha Allah anak akan cepat sembuh dan kurang mengalami sakit seperti demam atau demam selsema.
Banyak feedback positif yang kami terima berpuas hati dengan Immune Booster Therapy Oil alhamdulillah. Boleh tengok sendiri feedback pengguna di SINI.
Untuk info lanjut berkenaan Immune Booster Therapy Oil, boleh klik SINI.
Kalau berminat untuk dapatkan pek pengenalan, boleh terus hubungi wakil-wakil jualan terdekat dengan anda di SINI atau hubungi HQ MagicDrops di SINI dan di SINI.
Comments
Post a Comment