TIDURKAN ANAK DENGAN MUDAH- TIPS INI SANGAT BERKESAN

Anak lambat tidur, pakej aktif tengah malam adalah salah 1 punca ibu dan bapa tidak mendapat tidur yang cukup. Ada beberapa kes, anaknya sampai jam 1.00 pagi pun masih belum mahu tidur. Melompat sana dan sini. Si ibu dan bapa esoknya kena bangun awal untuk bersiap ke tempat kerja. Akibatnya, ibu dan bapa kurang tidur, penat, kurang fokus dan stress.


Kak Ummu juga punya pengalaman yang sama. Lagi-lagi dengan anak kecil-kecil 5 orang ni. Seorang tidak tidur, alamatnya semua tidak tidur. Berjemaah main sampai tengah malam. Tapi itu duluuuuu. Alhamdulillah selepas jumpa tips-tips ni..kami suami isteri berjaya tidurkan anak-anak paling lewat pun jam9.30 malam 😍😍😍

Apakah tips-tipsnya? jom baca di bawah:



1. BIAR ANAK MAIN PUAS-PUAS DAHULU
Beri anak masa yang secukupnya untuk dia bermain. Hanya kita yang tahu bila waktu yang sesuai untuk dia berhenti dan tidur. Menghalang anak daripada bermain hanya akan membuatkan anak resah. Bermain adalah fitrahnya. Kadangkala dengan bermain sebentar, akan membuatkan dia letih dan lebih mudah untuk tidur.

2. BUAT RUMAH SENYAP-SUNYI
Hentikan segala aktiviti yang boleh menggangunya tidur buat seketika seperti menutup televisyen. Jangan pula paksa anak tidur, sementelahan ibu-bapa masih lagi menonton televisyen di ruang tamu. Teman anak naik ke bilik, tepuk belakang hingga dia tertidur.

3. LAMPU BILIK TIDUR YANG MALAP
Menyediakan bilik tidur yang baik dan selesa untuk anak. Suasana bilik tidur yang suram dan tidak terang akan membantunya untuk tidur. Jika anak takut gelap, usah pula buka lampu kalimantang. Bila terang-benderang, lagi susah anak mahu tidur.

4. TEMANKAN ANAK
Saya faham, ramai ibu-bapa yang bekerja dan penat mahu melayan anak. Jangan selfish sangat sehinggakan anak mahu tidur, dibiarkan sendiri. Ambil peluang untuk menyanyi dan bercerita tentang kisah yang menarik minat anak. Ketika anak sudah berada di tempat tidurnya, baringlah di sebelah nyanyikan untuknya beberapa lagu dan cerita yang baik.

5. JANGAN BERI MINUMAN/MAKANAN MANIS
Seeloknya, dalam tempoh 4 jam sebelum tidur, jangan beri apa-apa makanan manis. Cara Kak Ummu, air susu anak pun Kak Ummu bancuh cair-cair dan biasakan anak-anak minum air kosong. TAPI pastikan anak-anak diberikan makanan yang cukup nutrisi seperti, kalsium, protein dan lain-lain. Alhamdulillah. cara ni sudah Kak Ummu aplikasikan sejak 13 bulan lalu pada anak-anak. Dan terbukti mereka lebih mudah diurus, kurang tantrum dan tetap aktif namun mudah dikawan 😉.

PENGALAMAN KAK UMMU: SI HITAM!
Inilah yang membuatkan abak-anak suka LEBIH MUDAH TIDUR! Kerana Si Hitam!
Siapakah Si Hitam? Si Hitam adalah sebotol Minyak Therapy yang dinamakan sebagai DEEP SLEEP THERAPY OIL. Adakalanya anak-anak ini tetap aktif walau dalam gelap. Sembang sesama mereka, si Abang kacau si Adik. Tapi..selepas Kak Ummu sapu si Hitam pada point-point utama badan anak-anak, amazingly, mereka akan lebih tenang dan mudah tidur 😍😍😍


 Si Hitam ini dinamakan Deep Sleep Therapy Oil. Seronoknya, kita tidak perlu marah-marah, atau membebel-bebel suruh anak tidur kerana  selepas menyapu Deep Sleep, seorang demi seorang anak-anak akan dengan sendirinya pergi ke tempat tidur masing-masing.
Kak Ummu juga menyarankan sahabat-sahabat Kak Ummu yang mempunyai anak yang mengidap Autisme, ADHD, hyperactive dan lain-lain untuk menggunakan Deep Sleep bagi menenangkan anak-anak mereka dan alhamdulillah. semua bagi feedback positif. Anak-anak lebih mudah diurus dan mudah sahaja ditidurkan.

Anda boleh baca feedback sahabat-sahabat kak ummu di sini.

Terima kasih kerana sudi membaca.  Kak ummu doakan agar Tips-tips ini dapat membantu anda menyelesaiakan masalah anak yang tidak mahu atau susah tidur. Moga disayangi Allah sentiasa.

jemput like page Kak Ummu untuk lebih banyak tips di fb.me/themagicdrops 😍😍😍


Kredit diberikan kepada SirapLimau.com

Comments

Popular Posts